Kuala Lipis

List of contents with tag above.

Hari seterusnya…

Sunday, February 21st, 2010 | Life stories and bablings | 4 Comments

Semalam aku tak boleh merayau2 malam2. Lepas abis tahlil tuh, just lepak rumah jer, nak kuar minum cam biasa pun rasa xde mood. Selalunya aku lepak sampai kol 3 pagi kat sg. koyan atau aku merayau2 bandar Lipis malam2 tuh.

Nenek aku yg aku amik sebelum maghrib tadi join kat rumah aku. Dia pun tak jadi tido rumah aku,  sebab adik ipar aku ada bawak balik ekstra 2 beg anak ikan puyu dalam lori. Ada beberapa ratus ekor atau dekat seribu ekor dalam tuh rasanya, nenek aku suka tgk anak2 ikan nih kalu baru lepas. Sebab bagi makan pagi2, dia punya makan macam ape punya riuh. Bila nenek aku cerita bab2 camtuh, aku paham, aku nampak nenek aku sangat sangat happy. :) . Mungkin esok pagi dia nak bagi makan ikan2 tuh, sebab tuh dia malas nak lepak rumah aku. So dia ikut adik ipar aku balik ke rumah dia.


Didalam kanvas ini ada beratus2 anak puyu sebesar jari kelingking. Patut amik gambar nih waktu bagi makan, baru nampak meriah dia makan. Err.. ini gambar amik masa siang hari. Sesapa nak benih puyu pada harga terbaek bleh kontek aku. Aku kroni terbaek ngan adik ipar aku. hahahaha..  :D

Ahad…
Sebenarnya aku malas nak merayau2 sebab aku kene cukup rest. Aku kene berkejar balik Shah Alam seawal jam 6 pagi. Sebab bas ke Arau perlis dari stesen bas sek. 17 S.Alam tuh bergerak kol 10 pagi. So aku ada kurang dari 4 jam la untuk sampai sana dari pahang. Tidak boleh terlalu yakin bleh sampai dalam masa biasa, maklum la.. mana la tau kot2 ada aral melintang. Sementelah kereta aku masih berpantang.

So lepas subuh, kitorang gerak. 4 orang lam 1 kete. Masa balik kg cuma 3 orang, since sorang lagi adik aku mmg dah kat kg. Isi minyak full tank di Petronas Sg. Koyan, tepat jam 7 gerak.  So bajet aku kol 9.30am bleh la sampai S.Alam. AKu limitkan speed 100-110kmh sebab ye lah, dalam pantang. haih…  Perjalanan kali ini non stop selagi tak sampai destinasi. Selalunya aku benti minum2 kat genting sempah sambil menikmati cuaca sejuk, secawan kopi, sebatang dua rokok dan melihat gelagat manusia sejam dua situ. Tapi tidak kali nih, aku perlu berkejaran.

Baiklah, aku pun masuk hiway karak, matahari mula naik memedihkan mata ada masanya. Aku maintain bawak 110kmh… Tapi pastuh mula la bawak 120kmh pastuh 140kmh pastuh… › Continue reading

Tags: , , , , , , , , , , ,

Sehari di kampung bersama sawit, getah, ikan keli dan tahlil.

Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.

Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.

Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.

Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!

Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot.  Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.

Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, › Continue reading

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.

Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .

Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my .  Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.

Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah. :D

Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.

Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox.  Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain. :D Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.

Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.

Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.

Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3

Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

wad-kecemasan

Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan

2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
- aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
- aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
- aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
- jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh › Continue reading

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Mengemaskini blog dengan konsisten? Aku bukan Melayu?

Fuh, tajuk macam iya iya saja. :D . Sangat disedari sangat lama tidak mengemaskini blog nih, dah berapa bulan tah, malas nak kira. Yang pasti sudah lama bukan sebentar. Hari ini, walaupun ramai orang cuti Thaipusam, tapi aku bekerja. Syarikat ini tidak mengambil cuti pada Thaipusam, kerana cuti itu cuma cuti pilihan (optional) yang tak diwajibkan. Mungkin kerana lebih 80% pekerja syarikat Bumiputera ini adalah Melayu, maka cuti itu tidak diberikan. Cuma tiada halangan untuk mana2 staff beragama Hindu untuk cuti. (Oh! aku pun bukan tahu sangat soal2 HR nih… )

Line internet kat opis nih pun macam sedang bercuti, atau bekerja tak ikhlas. Sekejap ada, sekejap putus-putus. Mood orang kat opis nih pun terus lah berubah jugak! Semua agaknya. Selain masih sibuk menyibuk dengan hal politik ombang ambing di Perak, macam-macam lagi lah hal duniawi nih. Itu semua pun mempengaruhi juga mood sesiapa.

Aku tak pernah pergi ke Kuil Batu Cave walaupun aku rasa aku nak pergi tgk suasana di situ.  Kalau aku dah ada DSLR power2, aku akan pastikan aku pergi ke situ pada time-time macam ini merakamkan betapa best atau dahsyatnya sambutan itu. Bertuahnya orang Malaysia ini, kerana mereka tak perlu ke negara India untuk tgk acara seperti itu. Orang Malaysia juga tak payah pergi China utk nak tgk Lion Dance dan begitulah sebaliknya… segalanya ada di Malaysia.. Sebab tuh lah ada betul yang amat bahawa Malaysia Truely Asia. 1 orang Mat Salleh, hanya perlu datang ke Malaysia untuk melihat segalanya tanpa perlu pergi ke 3 negara lain! :D

Aku punya chinese zodiak …
“The Fire Snake”
art-fire-snake
Fire Snakes can be a bit loud, speaking their minds and smothering you with their opinions. This does add a twist to his dynamic and vibrant character, as he is quite the extrovert. These Snakes have a great wisdom. They are intriguing communicators who leave you breathless after a conversation. Fire Snakes can change even the most obstinate mind with their powers of persuasion, convincing you their opinions or ideas are better than yours. This does make them a little self-centered, but you can’t say they aren’t driven for success.

Menyentuh bab Tahun Baru China, sebenarnya aku sambut juga. Walaupun aku tak balik kampung time tuh, tah malas nak balik. Sementelah gaji dah kurang benar hujung bulan selain dah membantu sikit orang tua aku kat kampung. Adik2 aku masih ramai yang bersekolah, sek. men dan rendah ada lagi… berapa aa… dalam 5 orang kot. IPT ada 3 lagi. Sawit dan getah tgh jatuh harga teruk time tuh.

Oh Ya! Aku sebenarnya bukanlah 100% Melayu, aku mungkin cuma ada 85% darah Melayu (atau kurang). Aku ada 15%  (atau lebih) darah Cina! So aku bleh la sambut Chinese New Year. :D . sebenarnya dalam susur galur keluarga aku, ada yang berketurunan Cina. Yaitu Moyang aku sebelah…. mak aku. Ke sebelah ayah aku?  (aku nih, sebagai orang lahir bulan 12, mmg ada masalah dalam ingatan detail sikit – sama macam Tun Mahathir gak). Nanti aku balik tanya semula… Tapi mak ngan ayah aku kawen spupu.. hahaha.. so moyang aku berbalik pada yang sama.

Alah, korang tau laa.. orang zaman2 dulu, sekampung ada berapa puluh keluarga je.. kalau kita sendiri bleh ingat sampai 5 generasi keatas pun dah kire hebat.. tapi abis kuat rata2 setakat 3 jer. Tambah2 masa aku lahir, tok sebelah ayah aku pun dah takde. Tok belah mak aku jer ada. Tok belah ayah aku mati hilang… time perang la tuh kirenye… bom sana sini, tembaks ana sini, pancung sana sini…  Kadang2 bende camnih bila tanya lebih2 pun orang2 tua kita bkan nak citer. Tanya pak sedara aku pun bukan dia nak cerita gak. pelik gak, tapi aku rasa, diorang pun tak tahu sangat.. so aku wat tak tahu je la…

Aku berkulit kurang cerah atau sawo matang. Adik beradik aku rata-ratanya cerah belaka. Tapi jangan sekali2 korang kata aku ada darah mamak! hahaha.. Aku ada darah cina.. Tapi selalu bile aku cakap aku ada darah Cina orang gelak. (mana ikon gelak nih :D ).  Bekas kekasih aku dulu-dulu (read: kisah lampau) pernah berkata, orang kening bercantum nih kuat cemburu. (tuh pasal dia bercerai ngan aku agaknya-dia ingat aku kuat jeles) . Aku percaya sampai skarang yang ramai perempuan percaya bende tu…  Aku cukup pantang daaa.. tak betul lansung pada aku. Ada kata aku jenis kontrol, pun lansung tak betul. Tapi kalau jenis keras hati & pedal tuh mungkin betul. Tapi bukan sampai takde toleran. Aku sangat toleran tapi pastikan factual bukan mengada-ngada. Hasil beberapa personaliti  test aku tergolong dalam golongan Rasional.

Masa aku kata kat Ah Heng, member kamceng cina aku yang duk puchong yang selalu datang2 lepak minum2 ngan aku, bile aku kata kat dia aku nih ada darah cina pun dia gelak kat aku. Cet!.. So then, I told to them something.. do you ever wonder why my eyebrow are different from others? Bentuk dan jenis kening aku, dan beberapa adik beradik aku terutamanya adik ke dua aku, Duan… adalah sama.. So aku kata lah, kening ayah aku dan arwah atuk aku pun sama. Adalah kening cina dulu2. Hahahaha.. So bukan kening jenis jeles tak bertempat tuh. Salah! So mungkin genetik dari moyang cina aku, ( yang aku tahu time tuh cina dari tanah besar diangkut ramai2 ke Malaya, di Kuala Lipis itu dulu2 ada banyak lombong2 emas dan bijih besi, antaranya Raub, Penjom, Tembeling, Merapoh dan sebagainya) so salah 1 warisan ialah genetik ini agaknya.

So aku bukanlah 100% melayu… dah tuh jangan la cakap kat aku beriya-riya ttg Hidup Melayu!, terasa aku tau :p … lagipun sebabnya aku orangnya rasional, yang baik… baiklah, yang buruk… buruk lah!, yang diantara duanya…. itu katak namanya!!!

Hah! padan muke ko Nuar! Main lagi katak katak!

*aku tgh nak belajar ngapdet blog dengan konsisten la nih, seminggu sekali mungkin?

Tags: , , , , , , , , , ,

Snippets – Catatan Bulan Jun Yang Panjang

Snippets tuuuuu! Fuh, rasa cam Ayahanda Chedet plak guna perkataan snippet nih. :D .(ceh! semua orang suke2 plak panggil Tun M ayahanda – Tapi tak kisah la, sebab Tun M kan BAPA Pemodenan Malaysia – Aku, anak zaman pemodenan.. bleh camtuh? ).

Ladang Tebu Chuping

Ladang Tebu Chuping

2 – Aku nih, bukan la orang yang pandai sangat English, akupun takde formal belajar BI melainkan sekolah rendah dan menengah, tapi aku jamin, aku pandai lah cakap BI dari beberapa ratus ribu orang lepasan ‘U’ yang terhegeh² speaking pun tak pandai tuh.

3 – Well…. I do learn and use to talk in English a lot when I was in Seremban (back to 1998 lah). Because… when i’am working in a very – very – very few Malay environment… I must know English lah… Tak kire lah, poor English ke, manglish ke.. what ever english ke… But i can speak… at least.. people can understand me.

4 – Kekurangan tidakkan menjadi satu kelebihan kalau kita tak menambah nilai diri. Belajar bahasa english tak bagus ke? Aku kalau bleh, nak belajar banyak2 bahasa lagi. Sayangnya Kantonis aku dah lupus ditelan zaman, dulu diorang cakap… aku bleh tangkap.. Lagu2 cine pun ada yang masih bleh aku layan tau… sekarang.. tah ler..

5 – Snippet: Bererti, potongan kecil. Atau bahagian2 dokumen, ataupun perenggan2 satu topik dibawah tajuk yang satu. (macam aku tengah buat nih)

6 – Bulan Jun, aku dah tak berapa ingat sangat apa yang berlaku. Kecuali beberapa perkara kot. Antaranya – Banyak orang kawen dimana-mana. Termasuk salah sorang yang…

8 – Dah setahun lebih aku tukar department dan meninggalkan posisi Digital Colorist dan Majalah G3 kepada seorang Web & Multimedia Designer. Dan dah dekat setahun jugak la aku meninggalkan Macintosh  dan bertukar kepada PC. Dan dah setahun gak la aku tak sentuh Wacom Intuos 3 tuh, sebab ia bukan milik aku lagik. :D . Dan dah setahun lebih jugaklah encik Apai tidak menjadi Head Department aku lagi. Juga… dah setahun lebih jugalah… aku tidak lagi duduk berhadapan Encik Gayour Rambut Mengerbang itewwww….. Muehehehe (dah cukup.. cukup!)

9 – Hujung bulan Jun jugak, aku melakukan lagi sekali Journey Jarak jauh berbanding dulu. (aiseh, aku kene wat balik topik journey dulu yang best tu lepas nih). Journey kali nih ialah menghantar adik aku Pizan (adik #6) ke Uitm Arau Perlis.

Peace! Abril

Peace! Abril Konon!

*Adik aku Hafizan, Nor, dan bonda tersayang.

10 – Kisah bermula hari Jumaat 27hb Jun 2008. Aku berada di beberapa negeri dalam masa 1 hari!.. › Continue reading

Tags: , , , , , , , , ,

 
 
Who Am I?
Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. A Web & Multimedia Designer. A multimedia freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Supermoderator at WebmasterMalaysia.com. Experienced in web development since 2000. And many more....

Catch me? :
Location : K.Lipis - Klang - Shah Alam
Working : Karangkraf / Sinarharian
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya


Membebels

Previous Next
Latest on Wed, 16:54

Nizam Ahamad: @farah. saya tak tahu sangat la. just pergi Putrajaya, it's all about. :D Let say, turun komuter somewhere berhampiran, then ambil teksi pergi situ. Mmg banyak kos. lagi baik ajak kawan2 ke, bf ke... isi minyak kete diorang dan belanja diorang makan. ^_^

miss.farah: camne nak amik transport awam dr wangsa maju g kmtrian plajaran

Nizam Ahamad: Zs - orang koyan ke? aku tak la koyan sangat. sg. ular jer. tapi selalu la lepak koyan sebab sedara mara ramai.

zs: koyan brp?

Nizam Ahamad: sf : pakai photoshop.

sf: cane ko edit saga oren nie?

Nizam Ahamad: Just changed to the new one. Huh!

» Hantar Pot Pet



Gambars

panoramic-mystics-2.jpg panoramic-mystics.jpg gian-color.jpg kucing-hitler.jpg

Arkibs

Statistiks

Ada ekor makhluk sedang merayau-rayau dalam web ini.