Mysticdreamworks
List of contents with tag above.Domain ini sudah 4 tahun woh~!
Wah.. tak sangka… Pejam celik dah 4 tahun aku beli domain ini. Kalau ikutkan lebih dari tuh…
Dulu mula2 seingat aku, blog mula2 asalnya kat subdomain pergh.com, iaitu mysticmind.pergh.com sekitar tahun 2000 hingga 2005. Lepas tuh aku migrate ke domain mysticdreamworks.com , then aku beli domain nama sendiri plak. Sejak tuh semua content pindah belaka ke domain nih…
Jika merujuk pada arkib, ada post di blog sejak tahun 2005. Seingat lupa aku, aku tak pindah dari blog lama sebelum tuh 2000-2004 punya , sebab masa tuh aku jahil lagi sistem2 dan import export mysql database (tak semudah macam zaman sekarang).
Erm.. seronok gak kadang2 baca post sendiri lama-lama punya. Ada coretan kisah2 dulu, bila baca balik, boleh mengingatkan apa yang berlaku dan sebagainya… Susah payah, suka duka, semuanya dah direkodkan oleh diri sendiri. Tulis diari tak cool.. diary online merangkap blog adalah terbaek!..
17 April lalu adalah ulangtahun ke 3 domain ini, aku saje letak 4 hehe, padahal dah lebih kalau campur semua… tah pening tah. wakwakakwaka eh eh… calos!
Porfolio tak terkumpul dan banyaknya hingga tak terkira!
Aku ada banyak folio kerja. Tapi semuanya bertebaran merata pelusuk bumi. Err.. maksud aku di dalam hd sana, hd sini, cd sana, cd sini dvd itu ini, usb sana sini, email sana sini dan segala bagai. Ah!. persetankan!.
Aku cadang nak kumpul setempat dan kategorikan . Susun cantik-cantik supaya senang dilihat. Aku cadang camtuh la. Tapi errr…
Rupa-rupanya, itu cadangan aku pada tahun 2007.

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of