pergh.com

List of contents with tag above.

Merancang cara menaikkan trafik ke web

Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana ;) )

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.

Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank  5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.

Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate  juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.

Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)

Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik› Continue reading

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Domain ini sudah 4 tahun woh~!

Wah.. tak sangka… Pejam celik dah 4 tahun aku beli domain ini. Kalau ikutkan lebih dari tuh…

Dulu mula2 seingat aku, blog mula2 asalnya kat subdomain pergh.com, iaitu mysticmind.pergh.com sekitar tahun 2000 hingga 2005. Lepas tuh aku migrate ke domain mysticdreamworks.com , then aku beli domain nama sendiri plak. Sejak tuh semua content pindah belaka ke domain nih…

Jika merujuk pada arkib, ada post di blog sejak tahun 2005. Seingat lupa aku, aku tak pindah dari blog lama sebelum tuh 2000-2004 punya , sebab masa tuh aku jahil lagi sistem2 dan import export mysql database (tak semudah macam zaman sekarang).

Erm.. seronok gak kadang2 baca post sendiri lama-lama punya. Ada coretan kisah2 dulu, bila baca balik, boleh mengingatkan apa yang berlaku dan sebagainya… Susah payah, suka duka, semuanya dah direkodkan oleh diri sendiri. Tulis diari tak cool.. diary online merangkap blog adalah terbaek!..

17 April lalu adalah ulangtahun ke 3 domain ini, aku saje letak 4 hehe, padahal dah lebih kalau campur semua… tah pening tah. wakwakakwaka eh eh… calos!

 

 

Tags: , , , , ,

Meeting ISO Standard dan 2010 Performance Plan

Hari rabu… semalam masih ada cerita yang aku belum cerita lagi. :D Aku dah terlebih membebel jer pos sebelum nih.


Oh.. btw, my pergh.com dah masuk layout baru since last month rasanya. Layout lebih kurang yang nih gak, tweak sana sini jer. Save time…

Semalam pagi, ada meeting pagi, meeting pasal ISO standard, dan jugak meeting bersama sales department. Meeting nih lebih kepada orang-orang berkaitan pengurusan dalam department aku. Aku tak perlu masuk, tapi saja aku nak masuk, nak amik tahu dan aku percaya ada kaitan ngan kerja2 aku juga serba sedikit. Aku kene tahu workflow berkaitan.

Dan mungkin juga perlu tahu supaya tidak nampak poyo. Hehe.. Oh kamon, main stended mended nih, ko tak tau, silap2 kang ko kene. Baik ko amik tau kan. Meeting sampai kol baper tak ingat, tgh ari kot. Tak lama sangat. Petang semalam plak ada kene isi borang performance plan yang dah di isi dari pagi. Ada panjang lagi aku tulis kat forum pergh. Malas nak buh sini.

Tgh hari (Selasa) aku balik Padang Jawa jap, print dan cop 1 invois, pastuh pegi Pejabat Pos Sek. 16 Shah Alam guna express.. Ekspress la sangat, konon sampai esok. Tah ye ke tidak. Pos hantar ke agensi, kemudian diorang hantar ke MDEC. Ada la riban riban sikit. Harap2 bleh la tampung bayar server web-web aku nih. Ikutkan ada masanya perit nak membayarnya… Harap2 3 minggu lagi clear la check tuh.

Hari Rabu…
Aku sambung keje wat design 1 page utk dimasukkan dalam › Continue reading

Tags: , , , , ,

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.