Print Design
List of contents with tag above.Meeting ISO Standard dan 2010 Performance Plan
Hari rabu… semalam masih ada cerita yang aku belum cerita lagi.
Aku dah terlebih membebel jer pos sebelum nih.

Oh.. btw, my pergh.com dah masuk layout baru since last month rasanya. Layout lebih kurang yang nih gak, tweak sana sini jer. Save time…
Semalam pagi, ada meeting pagi, meeting pasal ISO standard, dan jugak meeting bersama sales department. Meeting nih lebih kepada orang-orang berkaitan pengurusan dalam department aku. Aku tak perlu masuk, tapi saja aku nak masuk, nak amik tahu dan aku percaya ada kaitan ngan kerja2 aku juga serba sedikit. Aku kene tahu workflow berkaitan.
Dan mungkin juga perlu tahu supaya tidak nampak poyo. Hehe.. Oh kamon, main stended mended nih, ko tak tau, silap2 kang ko kene. Baik ko amik tau kan. Meeting sampai kol baper tak ingat, tgh ari kot. Tak lama sangat. Petang semalam plak ada kene isi borang performance plan yang dah di isi dari pagi. Ada panjang lagi aku tulis kat forum pergh. Malas nak buh sini.
Tgh hari (Selasa) aku balik Padang Jawa jap, print dan cop 1 invois, pastuh pegi Pejabat Pos Sek. 16 Shah Alam guna express.. Ekspress la sangat, konon sampai esok. Tah ye ke tidak. Pos hantar ke agensi, kemudian diorang hantar ke MDEC. Ada la riban riban sikit. Harap2 bleh la tampung bayar server web-web aku nih. Ikutkan ada masanya perit nak membayarnya… Harap2 3 minggu lagi clear la check tuh.
Hari Rabu…
Aku sambung keje wat design 1 page utk dimasukkan dalam › Continue reading
Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.
Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .
Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my . Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.
Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah.
Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.
Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox. Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain.
Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.
Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.
Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.
Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.

Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of