raub
List of contents with tag above.Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.
Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .
Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my . Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.
Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah.
Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.
Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox. Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain.
Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.
Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.
Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.
Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.
Mengemaskini blog dengan konsisten? Aku bukan Melayu?
Fuh, tajuk macam iya iya saja.
. Sangat disedari sangat lama tidak mengemaskini blog nih, dah berapa bulan tah, malas nak kira. Yang pasti sudah lama bukan sebentar. Hari ini, walaupun ramai orang cuti Thaipusam, tapi aku bekerja. Syarikat ini tidak mengambil cuti pada Thaipusam, kerana cuti itu cuma cuti pilihan (optional) yang tak diwajibkan. Mungkin kerana lebih 80% pekerja syarikat Bumiputera ini adalah Melayu, maka cuti itu tidak diberikan. Cuma tiada halangan untuk mana2 staff beragama Hindu untuk cuti. (Oh! aku pun bukan tahu sangat soal2 HR nih… )
Line internet kat opis nih pun macam sedang bercuti, atau bekerja tak ikhlas. Sekejap ada, sekejap putus-putus. Mood orang kat opis nih pun terus lah berubah jugak! Semua agaknya. Selain masih sibuk menyibuk dengan hal politik ombang ambing di Perak, macam-macam lagi lah hal duniawi nih. Itu semua pun mempengaruhi juga mood sesiapa.
Aku tak pernah pergi ke Kuil Batu Cave walaupun aku rasa aku nak pergi tgk suasana di situ. Kalau aku dah ada DSLR power2, aku akan pastikan aku pergi ke situ pada time-time macam ini merakamkan betapa best atau dahsyatnya sambutan itu. Bertuahnya orang Malaysia ini, kerana mereka tak perlu ke negara India untuk tgk acara seperti itu. Orang Malaysia juga tak payah pergi China utk nak tgk Lion Dance dan begitulah sebaliknya… segalanya ada di Malaysia.. Sebab tuh lah ada betul yang amat bahawa Malaysia Truely Asia. 1 orang Mat Salleh, hanya perlu datang ke Malaysia untuk melihat segalanya tanpa perlu pergi ke 3 negara lain!
Aku punya chinese zodiak …
“The Fire Snake”
Fire Snakes can be a bit loud, speaking their minds and smothering you with their opinions. This does add a twist to his dynamic and vibrant character, as he is quite the extrovert. These Snakes have a great wisdom. They are intriguing communicators who leave you breathless after a conversation. Fire Snakes can change even the most obstinate mind with their powers of persuasion, convincing you their opinions or ideas are better than yours. This does make them a little self-centered, but you can’t say they aren’t driven for success.
Menyentuh bab Tahun Baru China, sebenarnya aku sambut juga. Walaupun aku tak balik kampung time tuh, tah malas nak balik. Sementelah gaji dah kurang benar hujung bulan selain dah membantu sikit orang tua aku kat kampung. Adik2 aku masih ramai yang bersekolah, sek. men dan rendah ada lagi… berapa aa… dalam 5 orang kot. IPT ada 3 lagi. Sawit dan getah tgh jatuh harga teruk time tuh.
Oh Ya! Aku sebenarnya bukanlah 100% Melayu, aku mungkin cuma ada 85% darah Melayu (atau kurang). Aku ada 15% (atau lebih) darah Cina! So aku bleh la sambut Chinese New Year.
. sebenarnya dalam susur galur keluarga aku, ada yang berketurunan Cina. Yaitu Moyang aku sebelah…. mak aku. Ke sebelah ayah aku? (aku nih, sebagai orang lahir bulan 12, mmg ada masalah dalam ingatan detail sikit – sama macam Tun Mahathir gak). Nanti aku balik tanya semula… Tapi mak ngan ayah aku kawen spupu.. hahaha.. so moyang aku berbalik pada yang sama.
Alah, korang tau laa.. orang zaman2 dulu, sekampung ada berapa puluh keluarga je.. kalau kita sendiri bleh ingat sampai 5 generasi keatas pun dah kire hebat.. tapi abis kuat rata2 setakat 3 jer. Tambah2 masa aku lahir, tok sebelah ayah aku pun dah takde. Tok belah mak aku jer ada. Tok belah ayah aku mati hilang… time perang la tuh kirenye… bom sana sini, tembaks ana sini, pancung sana sini… Kadang2 bende camnih bila tanya lebih2 pun orang2 tua kita bkan nak citer. Tanya pak sedara aku pun bukan dia nak cerita gak. pelik gak, tapi aku rasa, diorang pun tak tahu sangat.. so aku wat tak tahu je la…
Aku berkulit kurang cerah atau sawo matang. Adik beradik aku rata-ratanya cerah belaka. Tapi jangan sekali2 korang kata aku ada darah mamak! hahaha.. Aku ada darah cina.. Tapi selalu bile aku cakap aku ada darah Cina orang gelak. (mana ikon gelak nih
). Bekas kekasih aku dulu-dulu (read: kisah lampau) pernah berkata, orang kening bercantum nih kuat cemburu. (tuh pasal dia bercerai ngan aku agaknya-dia ingat aku kuat jeles) . Aku percaya sampai skarang yang ramai perempuan percaya bende tu… Aku cukup pantang daaa.. tak betul lansung pada aku. Ada kata aku jenis kontrol, pun lansung tak betul. Tapi kalau jenis keras hati & pedal tuh mungkin betul. Tapi bukan sampai takde toleran. Aku sangat toleran tapi pastikan factual bukan mengada-ngada. Hasil beberapa personaliti test aku tergolong dalam golongan Rasional.
Masa aku kata kat Ah Heng, member kamceng cina aku yang duk puchong yang selalu datang2 lepak minum2 ngan aku, bile aku kata kat dia aku nih ada darah cina pun dia gelak kat aku. Cet!.. So then, I told to them something.. do you ever wonder why my eyebrow are different from others? Bentuk dan jenis kening aku, dan beberapa adik beradik aku terutamanya adik ke dua aku, Duan… adalah sama.. So aku kata lah, kening ayah aku dan arwah atuk aku pun sama. Adalah kening cina dulu2. Hahahaha.. So bukan kening jenis jeles tak bertempat tuh. Salah! So mungkin genetik dari moyang cina aku, ( yang aku tahu time tuh cina dari tanah besar diangkut ramai2 ke Malaya, di Kuala Lipis itu dulu2 ada banyak lombong2 emas dan bijih besi, antaranya Raub, Penjom, Tembeling, Merapoh dan sebagainya) so salah 1 warisan ialah genetik ini agaknya.
So aku bukanlah 100% melayu… dah tuh jangan la cakap kat aku beriya-riya ttg Hidup Melayu!, terasa aku tau :p … lagipun sebabnya aku orangnya rasional, yang baik… baiklah, yang buruk… buruk lah!, yang diantara duanya…. itu katak namanya!!!
Hah! padan muke ko Nuar! Main lagi katak katak!
*aku tgh nak belajar ngapdet blog dengan konsisten la nih, seminggu sekali mungkin?


Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of