Sinar Harian

List of contents with tag above.

Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.

Kerja hari ini agak sibuk, sebab aku kene setelkan keje2 sebelum cuti. Tadik menyiapkan print ads untuk internal ads beberapa majalah. Promote website dept. aku dalam beberapa majalah syarikat .

Ada 6 ads. Majalah Nona, Seri Dewi Keluarga, Pengantin, Nur, Rasa dan Pa & Ma. Print ads web company yang jual online benda2 bercetak iaitu : www.uprint.com.my .  Aiseh, aku tak ada copy jpg plak nak buh sini. Aku bubuh later2.

Semalam ads utk sinarharian paper dah kuar, half page. Same design, tweaking, change color dan resize je untuk magazine, ada sikit2 tukar teks gitu. Nanti round seterusnya baru wat new design lah. Kalu setiap magazine nak wat design baru, matilah susah. Mana sempat hehe. Turut menyiapkan 1 bisness card member. Dah diambil dan dibayar pun, bleh la untung 10-20 inggit. Jadilah. :D

Petang ini nasib baik tidak hujan lebat seperti semalam, semalam I call you, you tak answer aku balik memula tak hujan, sampai sekerat jalan, tuh dia, putih hujan turun punya lebat. Mmg kuyup la.. abis kasut2 baju semua basah. Malas dah nak berenti2 stop kat bas stand, redah jer, sampai umah mandi.

Hari ini cuaca ok, aku pun pi amik kete kat bengkel, baru tukar clutch baru dan ada beberapa mende lain lagi direpair. Habis kira2 RM500. Kire murah la tuh dengan power otai abang Zaidi. Zaifa motorspot. Pomen segala jenis kereta dan pakar volvo dan pakar gearbox.  Ini pun rege kawan2 agaknya, kalu orang lain, mungkin lebih sikit tapi still murah berganda2 dari orang lain. :D Bikinannya tip top. So aku takleh me-rem kete aku lebih2. Mau kasi itu clutch ‘masak’ dulu kata orang. Jadi kejap lagi nak balik lipis, aku kene slow2 ah, takleh sampai 180 cam biasa. Hahaha.. Nampaknya lebih 3 jam la baru sampai Lipis.

Kemudian pegi beli 2 tiket ke Perlis utk adik aku nak balik sana nanti. Tiket habis! Kecuali ada Ahad, 10 pagi. Nampaknya plan aku lari la sket nih, ingat nak rileks2 kat kampung dulu hari Ahad pagi tuh, baru balik ptg, diorang balik bas malam. Takper la… musim cuti semester semua, mesti la tiket sold out. Patut2 beli 2 3 hari dulu lagi baru betul.

Ah.. balik lipis, sebenarnya aku tak lalu pun bandar lipis tuh. Ikut sinun pun jauh. Aku cuma lalu jalan Shah Alam – Bentong – Raub – masuk Sg. Koyan – sampai la rumah aku. Balik nih untuk wat kenduri tahlil arwah ayahanda tersayang, 100 hari pergi menemui Allah penciptanya. Sebenarnya jatuh hari isnin, tapi sebab semua dah ada, cuti pun nak abis, percepatkan sikit hari saja lah.

Alfatihah untuk arwah ayah, Ahamad bin De.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Aku sudah menjadi menjadi seekor tikus? Dan snippets ke – 2

Wah… dah lapuk dek zaman dah blog gue ini. :D Dah 2 bulan sedar tak sedar sejak pos terakhir!

“Pemalas tul la ko nih mistik!” – kata encik F.
“Dah bukan stakat bersawang dah nih bro, dah berhantu!” – Miss U kata.
“Bro! bile mau apdet blog? ” kata pakcik C pulak.
“Ko membebel apa2 je, merepek ape2 je laa.. suka gak aku baca…” kata datin K plak. :D

“Gampang~~~” -  Kata aku dengan lancang (tapi diorang mana dengar, sebab semua tuh kat YM atau kat komentar saje…  Hehehe. xoxoxo (tah mende kejadah xoxoxo bdak2 manga. macam sial xoxoxo)

Aku dan Abu (Drama Kami)

Aku dan Abu (Drama Kami)

Sebenarnya…. nih la tebiat aku, atau mungkin kebanyakkan manusia juga… Masa takde, nak gak ada… tapi dah ada… tak reti plak nak jaga awek sampai dah kawin dengan orang lain. Tuh ler pasal… Kadang2… cakap kemain la.. nak buat itu.. nak buat ini.. akhirnya…. wassalam.. Mmg, susah nak komitmen bende2 camnih. Mungkin.. mungkin sebab blog nih tak menghasilkan ribuan RM sebulan. Cuma RM80,000 puluh2 ringgit sebulan kalau ada. Itupun kalau ada la…. rasanya takde. :D

Blog personal ini, seperti taglinenya… “Aku punya suka lah!”. So… gitu la… Blog personal ini kononnya nak letak portfolio.. tapi lazimnya tempat meracau aku. (well.. itu sepertimana artikel aku ‘10 Sebab Untuk Blog‘ dalam Majalah Pc dulu = Blog sebagai terapi emosi. Betul la tuh kan! Tapi takde la maksudnya aku sedang sakit mental nih… :o   )

So.. nih lah snippets bulan2 lalu : )

Julai  2008.

1 – Aku pun dah tak ingat sangat apa aku buat bulan Julai. Aku rasa.. aku agak down bulan Julai.. dan bulan Ogos juga.

2 – Tak ingat dah.. kecuali pergi dan balik kerja je.. Oh God! What a tipical life I had now!. What? A racer in a ‘Rat Race!’. Just like others?.. My desire to do something for my future life’s now getting weaker! DAMN! I hate this.. It’s just not me! Noooo… I have to find myself back!

Berlumba macam tikus pusing-pusing setempat juga.
3 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).

4 – Tak ingat dah.

Ogos 2008.

1 – Sibuk dengan kerja2 opis jugak. Terutamanya montaj kat pos bawah nih. Dah sibuk dengan events tersebut tentunya.

Clubbing?

Clubbing?

..tapi gue suke Nia Ramadhani! ^_^

...tapi gue suka Nia Ramadhani! ^_^

2 – Semua orang di seluruh pelusuk Malaysia sibuk dengan Permatang Pauh. Yang menang berkokok merata2 macam beruk dapat bontot bunga. Yang kalah tersipu2 malu dengan berwajah ‘bera dan kanyor’ (pahang slang yang bermaksud, muka naik tebal setengah inci dan terasa kebas. Yang pasti sangat juga, ramai orang jadi buah bidak catur yang digerakkan dipapan bernama ‘mind game’.

Yang kemudiannya.. dia punya komen analisis! Peh.. kalau tak mencarut atau mengkritik ala-ala drama telenovela bawang merah bawang putih (yang wataknya bodoh2 belaka tuh lah!)… mesti dia menyumpah sana dan sini sambil menjerit2 marah dengan pitching terlampau!. (tahap akal budak terencat yang terencat)

3 – Kalau dah fanatik tuh.. fanatik gak.. tak kire la duk sebelah mana yakni, anal-isis berkiblatkan parti mana dia duduk bukan anal-isis fakta apatah rasio-nal tapi mengaku mereka sangat anal-itikal. (seperti mana ulasan Dr. Aisar Yee Abdullah dalam Akhbar Sinar Harian yang sentiasa amat menarik untuk dibaca)

Sebenarnya, pada pihak mana kita berada, kita bersikap tidak rasional. Kita cenderung mengenepikan kebenaran. Kita lebih berat untuk berpihak kepada pendirian parti pilihan kita.
KITA TIDAK BERSIKAP RASIONAL <klik sini>

4 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).

5 – Tak ingat dah! cuma… ada 1 lagi… Merdeka yang sangat suram!.

Bulan september plak… ah… aku buat pos lain lah!

Tags: , , , , , , ,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Siapa dia?

Tuesday, March 18th, 2008 | Life stories and bablings, Melayu Boleh | 8 Comments

Aku rasa.. ramai orang yang cari detail MB baru selangor nih. So, aku letak lah keratan dari akhbar SinarHarian kat sini. Here it is, Tan Sri Khalid Ibrahim’s profile.

Tan Sri Khalid Ibrahim Menter Besar Selangor  PKR

Power kan? Power lah tuh.. nak best camner lagi. Mari kita lihat kemampuan diorang dalam masa 5 tahun ini. Mampu atau tidak? Atau cakap saja lebih?

Oh ya, belilah SinarHarian setiap hari. Ia akhbar terbaik untuk anda di Selangor. :D

Tags: , , , ,

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Hoi! The Box

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.