Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Siapa dia?

Tuesday, March 18th, 2008 | Life stories and bablings, Melayu Boleh


Aku rasa.. ramai orang yang cari detail MB baru selangor nih. So, aku letak lah keratan dari akhbar SinarHarian kat sini. Here it is, Tan Sri Khalid Ibrahim’s profile.

Tan Sri Khalid Ibrahim Menter Besar Selangor  PKR

Power kan? Power lah tuh.. nak best camner lagi. Mari kita lihat kemampuan diorang dalam masa 5 tahun ini. Mampu atau tidak? Atau cakap saja lebih?

Oh ya, belilah SinarHarian setiap hari. Ia akhbar terbaik untuk anda di Selangor. :D

Related posts:
  1. Sinar Harian Selangor & KL sudah muncul!..
  2. Aku sudah menjadi menjadi seekor tikus? Dan snippets ke – 2
  3. Balik Kuala Lipis kejap lagi. Cuti 3 hari.

Tags: , , , ,

Comments Closed

8 Comments to Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Siapa dia?

jacksparoz
March 19, 2008

bor. letak khir toyo punya sebelah boleh?

acai
March 20, 2008

baru sejam lepas bersalaman ngan dia,hihi..
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor kat stadium shah alam..:)
Dia sangat mesra ngan semua dan suke hug org yg dia kenal,hehe..
emm lagi satu, he always talk in english with everyone..i know because i’m one of the videographer yg duduk dkt tpt VIP tu..:)

Nizam Ahamad
March 21, 2008

@jack : Khir Toyo punya aku tak tau sangat.. tapi kalau refer pada wikipedia nih dia aku dapat :

Mohd Khir Toyo received his primary and secondary education in his hometown of Sabak Bernam. He studied in Sekolah Menengah Dato Harun Tanjung Karang in the first five years of his secondary education followed by six months in Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Next, he was enrolled in a Basic Science course in Universiti Malaya. He went on to pursue a Bachelor of Dental Surgery in Universiti Malaya’s Faculty of Dentistry from 1985 to 1989. In 1980 to 1984 take course of history department in Undergraduation of Bachelor Of social Science.

Taken From : http://en.wikipedia.org/wiki/Khir_Toyo

Mungkin tak lengkap .. :)

@acai : Oh.. ko pegi semalam yer? kat Stadium Melawati? MB perak lagi power kot.. bleh cakap dalam 5 bahasa.. aku teringin benar nak belajar kantonis..

vrempire
March 23, 2008

hehe..hopefully ada something boleh dibuat dengan tol nih.
kalau dapat eliminate toll tu 100%, cerah masa depan khalid :D

e Pemuda PAS
March 25, 2008

good job! (^_^)

roy
March 30, 2008

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut dari dulu hingga kini.
Khalid Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Beliau seterusnya menyambung pelajaran di sebuah sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.
Beliau kemudiannya lulus dengan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.
Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Khalid Ibrahim juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam Jeddah, sebuah syarikat pelaburan kewangan Islam yang tersohor.
Beliau juga merupakan Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Bekas guru dan pensyarah institut pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Penduduk Kuala Selangor selalu mengingati jasa Khalid Ibrahim yang membina pusat latihan penyelenggaraan jentera perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.
Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang di Guthrie Berhad, dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.
Kedua-dua program ini berjaya menaik taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.
Atas kesedaran bahawa perubahan politik amat penting dalam memperbetulkan sistem sosio ekonomi negara ini, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian Kuala Selangor sehingga kini.
Menaikkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan anak-anak muda menjadi keutamaan Khalid Ibrahim. Dibesarkan di Kuala Selangor, sekiranya beliau dipilih sebagai wakil penduduk Ijok, beliau akan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi, sosial dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia, supaya Ijok menjadi contoh DUN terbaik dan termaju dalam Parlimen Kuala Selangor.

call_of_dutty
April 8, 2008

aku rase khalid tu memang hebatlah bro…iye ke??????

rakyat selangor
August 14, 2008

kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim,
saya harap agar YAB terus gigih tanpa terpengaruh dengan segala
elemen2 yang dicipta oleh pihak tertentu untuk menyerang YAB.
dan saya rasa isu mengenai 10% kemasukan bukan bumiputera ke uitm ini , ada pihak yang memnipulasikan dengan hebatnya, tetapi ingatkah kita semua, akan 40% biasiswa di beri kepada bukan bumiptra,ikuiti pemilikan harta, phak mana yang terlebih dahulu meluluskan???
keadaan sekarang ini, boleh di ibaratkan…ibu ketam mengajar anak ketam berjalan lurus…

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Ini Iklan Namanya

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.