Tutup dan Pindah!

Wednesday, May 7th, 2008 | Melayu Boleh, Sesuatu Yang Bermakna


Mengapa saya suka rumah saya?
Mengapa saya mengada-ngada nak tutup blog saya?
Mengapa saya mengada-ngada macam malas nak berblog lagi?

Adakah sebab blog saya mempunyai unsur hasutan dan fitnah?
Adakah sebab saya lebih hebat membuat fitnah daripada Raja Petra?
Adakah sebab Raja Petra itu botak maka dia anggap jahat. (Tapi kat web dia tak nampak plak botak sebab dia pakai barel dan hisap cerut!).
Adakah saya jahat macam Raja Petra? (suke2 ko jer cakap dia jahat! , berbeza pendapat belum tentu bermakna dia jahat! zaman skang semua kene open!)

Oh! ape2 pun tahniah gak la kat Raja Petra sebab… Sebab setidak-tidaknya,  Stesen TV1, TV2, TV3, TV7, TV9, Astro dan Radio serta Paper dan juga Web-Web dan Blog-Blog semua pun membuat promosi tentang web dia! Itu promosi yang kalau dikira bayar untuk siar, mahu cecah puluh-puluh juta bayarannya..

TV3 saje sebut tiap2 kali berita diorang maaaaa.. Buletin Utama! PRIME TIME plak tuh!, ape ke tak sedor ke diorang bagi free promotion kat RPK… Oh itu lah cara paling hebat nak promote blog kot.. dan jugak, dari tak nak tengok atau amik tau web dia, dah semua orang jadi AMBIL TAHU! Dan biler ramai orang baca, dan kemudian ramai orang bercerita, nescaya cerita2 tersebut akan menjadi semakin benar dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar benar belaka.

Atau, ianya adalah benar selagi tidak dibuktikan salah!.

Yang pasti… hits ke web dia mungkin bertambah berbillion2 berjuta2 orang pada masa ini.

Tahniah Raja Petra of www.malaysia-today.net . Bukan tahniah atas apa2 perjuangan ko pun ke ape ke, aku taknak jadi salah sorang pemuja manusia yang mendewa-dewakan ko pun… sebab tak semua cakap ko adalah betul dan tak semua juga salah, tapi tahniah besar kerana mendapat  promosi yang hebat, nama ko disebut ramai orang, sana sini depan belakang celah! …

Padahal kalau nak kire… salah sorang perantis chinese dalam The Apprentice Donald Trump hilang peluang menang sebab sebut nama web dia jer.. (tak bleh promosi free!) semasa siaran lansung final season berapa tah, 5 kot. Tapi.. ye lah.. ape2 je lah..

Aku suke Raja Petra ke? Tak! Aku suke sangat MalaysiaToday ke? Tak? Aku suke baca ape2 je, PAS ke Umno ke PKR ke DAP ke Mossad ke…  Tapi, dalam tak sedar, sesungguhnya…ada orang yang terlalu mendewa-dewakan manusia. Dan sesiapa pun manusia2 itu juga.. sesungguhnya semakin tidak sedar samada mereka riak dan tak rasa bersalah tak kiralah siapa pun … walaupun mungkin dia seorang PM sekalipun. TPM apetah lagi, walaupun dia sama Pahang dengan aku, aku tak pernah jumpe pun dia kat Lipis. Adnan Yaakob pun, tak pernah turun Lipis masa aku duk Lipis dulu. PRU13 besok silap2 terguling gak. Oh! Jalan raya nak balik ke kampung aku dari Bentong-Raub-Koyan teruk gile babi  yang amat! Ko jaga-jaga Denan, esok 5 tahun lagi terguling aku tak tahu… ayoooo…

Ermm…. Maksud aku.. Manusia tetap manusia..  siapapun.. Banggalah dengan siapa diri kita tapi jangan sampai riak dan anggap kita semua betul dan sewenang-wenang buat ape saje .

Banggalah juga dengan nama kita.. maka saya pun adalah domain baru bernama saya sendiri di:

www.NizamAhamad.com 

dan blog ini akan pergi ke antarabangsa dan merangkap portfolio site aku juge!..

Related posts:
  1. Sudah pindah! Yay!..
  2. ESQ165 Angkatan 30

Comments Closed

11 Comments to Tutup dan Pindah!

catzer
May 7, 2008

kekkeke..tukar rumah patutpun..kui kui kui

Fai
May 7, 2008

Ceh.. Ingatkan nak tutup blog ni sebab dikenakan tahanan ISA tadi.. :P

Nizam Ahamad
May 8, 2008

hehe…
ko try la Fai, masuk ISA..
tapi biar kes betul2 power!..
baru masuk tv.. nanti banyak la hits ke blog ko..

tuh pun kalau ko bleh check sitecounter ko lah.. wakwkaakaka

Solidmind
May 8, 2008

aku dah bleh agak dah gimik jer pasal tutup blog nih…

ramzy0
May 9, 2008

waa, hampeh tol la. aku pon rase nak open blog guna domain name aku gak kui x100

odows
May 10, 2008

fulameks..cayalah abe! banggalah ngan nama sendri..kekeke. tahniah ada domain baru. :D

jacksparoz
May 11, 2008

Bro beli domain macam beli rokok jer.. tiap2 hari bleh beli. Kan Kan?

Nizam Ahamad
May 12, 2008

@solidmind : macam la tak tau, bkan ke birthday domain nama ko dengan domain nama aku sama harinya :P

@ramyz : Jangan.. jangan ramzy, jangan tak bukak!.. hehe

@odows : Ye lah, ko pun ada nama sendiri gak kan Firdaus Radzi huhu

@jacksparoz : A ah, sekarang beli rokok lagi mahal dari beli domain. kah kah..! Domain USD9 SETAHUN… rokok RM8.20 sehari! hahahaha

hanep
May 15, 2008

cet..ada domain baru ghupernya.. huhuhu

zamzami
May 15, 2008

“selamat berpindah”

ikoko
June 12, 2008

Yap. Selamat berpindah..

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.