Upin & Ipin The Movie – Geng Pengembaraan Bermula.

Thursday, February 12th, 2009 | Melayu Boleh, Review, Uncategorized


Aku telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com … So mulai hari ini, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero Malaysia. Dan walaupun team Les’ Copaque meletakkan target mereka RM10juta, aku percaya ia mampu capai target tersebut dan mungkin dapat lebih.

Sementara itu dari sumber tertutup yang boleh dipercayai ada memberitahu bahawa, mereka sudah berjaya menjual Upin & Ipin ke serata dunia hingga mendapat hasil mencecah 50juta ringgit! Dibeli oleh pelbagai stesen-stesen televisyen negara-negara asia barat, eropah dan segalanya.

Kebarangkalian mereka ini membeli adalah kerana keunikkan suasana siri tersebut yang mengetengahkan keMalaysiaan, iaitu selain bangsa dan kaum, alam sekitar kita juga adalah bonus. Siapa kata khatuliswa malaysiana kita tidak menarik? Formula menyuntikkan ke-local-an itu menjadi. Saya percaya prinsip ini = keunikkan.

geng upin dan ipin

Menyentuh tentang movie ini, saya dapat pergi Press Screening awal bulan lalu, saya diberi peluang oleh ke Press Screening tersebut oleh pihak Les’ Copaque melalui  En. Zarin atau mediahorizon – seorang kenalan.  Dek kerana banyak masalah dan kerja lain saya gagal membuat review seawal mungkin. Sementelah saya kurang pantas menaip karangan review atau dalam bahasa wartawannya ‘writeup’, menjadikannya terhenti-henti, on off akhirnya jadi sangat lambat disiapkan.  :D

Lagipun, server saya mengalami beberapa masalah yang agak ‘mencemaskan’ sejak sebulan lalu. Server saya overload dan down beberapa kali angkara beberapa punca yang tak payah la saya tulis disini, agak teknikal dan ramai orang biasa tak paham istilah dan jargon. Yang malangnya, kerana perkara-perkara tersebut, saya terpaksa membuat beberapa perancangan lain, bahkan rancangan MEGA PROJECT saya juga gayanya terpaksa ditangguh kerana kondisi server ini kurang sesuai buat masa sekarang dan ini agak mengecewakan hati. Saya tidak mahu jalankannya (projek tersebut) tetapi server asyik down bukan kerana apa, kerana server tersebut mungkin tidak mampu menanggung keadaan banjiran trafik dan load tambahan yang sudah adapun sudah tinggi terlampau!. Masalah-masalah begini boleh menyebabkan tekanan kepada webmaster2 dan aku percaya ada yang menangis dalam hati (bukan semata-mata kerana server tapi masalah berkaitan juga)

Server tersebut nampak gayanya tidak bertahan lama juga dengan spefikasi sekarang. Vertical scaling dan hardware upgrade akan dibuat terutama tambah memory dan space dan sebagainya…  Saya perlu mencari modal dan dana tambahan lagi yang entah mana datangnya atau ada atau tidak pun saya tidak tahu. Kerajaan Malaysia? no.. mereka lebih sibuk berpolitik dan bagi duit kepada politician dan … kalau bagi aku 5 juta pun lagi bagus aku buat sumbangan pada negara ape! . NGO? no… diorang pun bukan ada duit sangat. Advertising? No.. lagi la mimpi!…  Minta pada ahli? No!… nanti saya bongkarkan beberapa kisah tentang webmaster2 melayu (yg mempunyai web terkenal) punya masalah di pos akan datang. Believe it! It’s not a good story! But I wanna share it!…. (later)

Ok sambung balik Upin dan Ipin.. hehe..

Saya kurang mahir benar jalan ke Cineleisure Damansara, tambahan pula lazimnya saya akan pergi dengan kawan-kawan. Dulu ada Sham (black_iii) duduk ngan aku, ataupun dengan ex-housemate aku Lan, kalau pegi mana-mana, samada drive atau pun merempit. Aku cuma duduk di belakang / sebelah.   Selain faktor diorang lebih tahu jalan… faktor lain (kalu naik motor) ialah ‘orang berat atau besar duk depan bawak motor.. hehehe :D

Aku mmg lemah mengingat jalan, sejak dulu lagi. Aku juga dah tak berjalan sangat sekarang, rasa cam dah jadi homies atau geek sangat plak. Sebenarnya aku rasa, aku malas nak jalan2 nih selain panas melampau tengah hari atau kalau kereta asik jam yang amat. Duk dalam jem jem nih rasa… penat.  Duduk di Shah Alam ini pun rasanya tak abis lagi tempat aku ronda, dan kalau aku ronda-ronda pun waktu malam je.

Oh.. Aku sampai di Cathay Cineleasure Damansara itu agak lewat, mujurlah belum start lagi screeningnya. Aku tidak mahu review disini, pegi baca di Pergh.com hehe…  dan lebih baik lagi kalau korang pergi panggung tengok sekarang!. Support industri filem 3D Malaysia OK!.. Tak nyesal punya!

Causs…

Tags: , , , , , ,

3 Comments to Upin & Ipin The Movie – Geng Pengembaraan Bermula.

gerg
February 13, 2009

pakai laa gps bang .. ehhe.. kan senang .. tak pon alah google map kan ada .. bayor jek charge 3g .. kekeke

Nizam Ahamad
February 16, 2009

@gerg : seriusly.. kalau ko nak tau…
aku print screen google maps tuh , save lam JPG, then transfer ke henset aku tau.. tapi x gune gak, sebab dalam google maps tuh bkan ada detail bangunan ke.. landmark ke.. :D

GPS? ape tuh? hehehe.. tak de sebab aku nak gune sangat pun.. :p

jack_sparow
February 18, 2009

btul btul btul!!!
best gilerrr.

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full profile here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 017-2516254

Will blog for money :D



Komen Terkini

  • Michelle { Mark Barron The networking beetewn sessions has been great, and the presenters have made every session a great learning experience! The home office staff has a servant's heart, and it shows! Looking forward to the rest of the day, but feel bittersweet about this ending so soon! Definitely will go back to the Jeff Miller Branch in Springfield MO ready to maximize my position as an AUM!!!!! Great, great training and interaction! Thanks Liberty National! } – Mar 12, 4:12 AM
  • Dheeraj { Carol_C - Oh my, this picture is snehtmiog else. Shows your comical and yet witty side Carlos. Very nice. Cant wait to see more from you. Will stay tuned for sure. Good luck! } – Mar 11, 10:14 PM
  • Nizam Ahamad { Sangat betul tuan ahmad fani. Cuma mungkin macam saya citer.. dia try google, cari basic punya. Tapi tak ada. Kita yang dah main hari mmg rasa kachang jer. Tak caya? try buka software yang bukan bidang kita, ataupun bahasa pengaturcaraan yang kita bukan ahli misalnya kita lazim dengan msqyl dan php. tetiba nak kene belajar ASP.net, of course tgk kod dia kita dah blur, takde atau terlalu kurang persamaan. Kita google, cari basic.. but found none. Atau takde citer pasal asas. Boleh.. kita try and error cam biasa, tapi let say.. it took us about 2 month instead of 2 day. :D } – Jan 21, 12:14 PM
  • Ahmedfani { Part basic tu ialah tanda org tu nak belajar. So kalau dia tau basic, maknanya dia mmg ada keinginan yg tinggi utk belajar. Kalau basic pun nak tolong disuapkan, apa yg tinggal utk usahanya sendiri? } – Jan 21, 12:02 PM
  • Nizam Ahamad { Halif Saat : tuh la... Malay mudah tua :D Yang kekal muda cuma presiden dia je. hihi :D Maizul : Nih dah design lama. dah setahun dah. Tgh nak siapkan design baru utk 2013 skang nih. } – Jan 19, 6:09 PM
  • maizul { wow cantik design baru blog ni. } – Jan 19, 5:11 PM

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.