Ok, aku gagal update, aku qada post. :D

Monday, December 12th, 2011 Tiada komen + 355 views

Ok… mengapa aku gagal.
Sebab ada emergency punya hal.
Aku pergi Penang pada pagi Isnin 12 Disember 2011 ini.
(ini adalah post cover huhu )

Jam 4 pagi aku bertolak ke Penang…
(padahal penat balik kampung dan  ahad tuh kuar beli barang lagi ape lagi tak hilang lagi penatnya.)

Kol 8 pagi sampai area Bukit Mertajam.
Tido sejam setengah… gerak cari barang2.

Jam 1 lebih kurang, gerak semula drive ke Shah Alam.
Ada jammed di beberapa tempat kat hiway.
Pada aku, adalah bodoh membaiki jalan di siang hari di hiway (under propel) ditambah lagi dengan orang Selangor cuti umum, so semua orang  aku expect balik kampung jumaat dulu, hari isnin balik semula ke KL. Jadi… hiway jammed, hampir sejam terperangkap in total at least.

Diorang takmo bayar lebih orang kerja malam. Tapis anggup menyusahkan para pembayar tol diorang sampai jem lebih 5km. Sungguh tak efisyen cara mereka kerja. Sungguh gagal orang2 mereka buat kerja. Takde prediction waktu manakan lebih tepat dan baik untuk buat kerja!

Lewat jam 6 petang, sampai gak Shah Alam. Lewat 2 jam dari time jangkaan. (kerana ada juga hujan di 2 3 tempat = takleh speeding sket).  Dan selepas setel hantar barang2 ke stall.. aku alik rumah kejap kononnya.. akhirnya aku tertidor….


Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Balik kampung lagi… dan makan macam-macam.

Sunday, December 11th, 2011 Tiada komen + 613 views

Aik? Dalam keadaan yang teramatlah Eko-NO-Money nih… lagi balik kampung ka? Bulan lepas dah balik kampung, bulan nih lagi balik kampung. Haiyaa…

Itulah… dalam keadaan parah camnih pun… lagi balik kampung. Nak wat camner, ada urusan keluarga kene lah balik. Nak kata penting tak penting, penting jugalah. Nak kata tak penting… penting lah juga. Khamis aku kena ada kat kampung…

Kali nih aku balik sebab mak aku suh balik. Short notice, tak la short sangat. dalam seminggu awal gak, cuma aku jer konpom tak konpom balik.  Aku plak last minit plan nak balik (poket… sangap), tuh pun mujur pasal adik pompuan aku noor (no 5) ada bawak kete ke Poli sabak bernam tuh, katanya ada sukan (main ping pong kalah heh! ). Jadi kitorang 4 beradik gerak balik sekali 1 kereta.  Gerak kol 12 malam dari Shah Alam, sampai jam… 3 pagi kot. Kuala Lipis shah alam 300km lebih kot, tapi kampung aku nih tak lalu pun bandar lipis tuh. ;)

Hermm… di kampung aku nih, ada giliran rumah setiap bulan akan diadakan lawatan, jamuan dan sebagainya. Aku taknak detail la pasal tu. Keutamaan balik nih kerana ada kenduri kecik kat rumah, merangkap tahlil arwah. Dan jugak jumpa adik beradik ramai2.  Panjang sangat post nih, kalu nak baca lagi klik laa »


Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Ok! dah sampai Shah Alam!

Saturday, December 10th, 2011 Tiada komen + 189 views

Ok… lewat jam 9.30 tadi, aku dah sampai semula ke Shah Alam dari kampung. Dan dah ngadap pc beberapa jam, sampai lupa aku nak update blog aku nih tadi (hari semalam) so aku adjust tarikh supaya jadi hari semalam (sabtu) semula hahaha.. :D

Dan… aku masih tengah ‘ralit’ mengedit theme nih.. :D

Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Masih di kampung… Esok pagi baru balik.

Friday, December 9th, 2011 Tiada komen + 179 views

Nak pos 1 post pun susah giler, apatah lagi nak buat mende2 lain.

Ingatkan nak balik ptg tadik, tapi kandas la plak. So esok pagi (sabtu) baru la aku balik Shah Alam.

Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Ok.. aku kat kampung… line internet GPRS jer

Thursday, December 8th, 2011 Tiada komen + 157 views

That’s all for today. :D

Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Selamat tinggal tema lama, tema baru untuk 2012?

Wednesday, December 7th, 2011 Tiada komen + 233 views

Wah! rasa ganjil sekali bila menyebut tema sebagai gantikata Inggeris untuk ‘theme’. Bahkan berasa pelik juga. :D


*klik untuk besarkan… ^_^

Selamat tinggal theme lama yang dah berkhidmat lebih dari…. rasanya dua tahun. Aku buat theme tuh masa aku masih kerja di Karangkraf . :o :o ^o^ Masa keje kat flarebiz aku tak buat web sendiri pun hehe… Memang sah dah lama giler.  Begitu pantasnya masa berlalu…

Oh.. malam nih aku akan balik ke kampung. Sebuah tempat di Kuala Lipis, Pahang Malaysia. Esok aku akan update dari kampung, untuk membayangkan konon2nya aku komited nak cukupkan 100 post TANPA HENTI. ;)

Ala… baru 4 post tak payah lah aku sembang lebih hehe..

Sekian pos ke 4 dari 100 tanpa henti!

Tags :
Posted in : Graphics, Life stories and bablings

Susahnya nak update blog setiap hari. Pos ke 3 dari 100!

Tuesday, December 6th, 2011 Tiada komen + 193 views

Takde apa yang mudah dalam dunia nih… Stakat nih, aku baru mula 2 daripada 100 post. Harap2 aku berjaya habiskan sampai 100 post.

Untuk permulaan nih aku nak merapu2 saja dulu. Belum ada point2 menarik yang aku boleh pikirkan lagi. Arah tuju yang baru pun sedang di kenal pasti. Boring lah asyik baca blog ataupun post2 pasal perniagaan internet saja.. Tuh pun cuma 15% jer bleh percaya, ramai yang lain tuh KOMPANG JER LEBIH! Wahahaha. Seriously!

Aku perasan gak, tak ramai yang rajin blogging skang. Semua duk layan FB. Sebenarnya banyak gak perkara yang ada di blog sendiri, tidak ada di FB. Mungkin seseorang perlu buat sesuatu macam…. 10 kelemahan FB? We will see then.

Sadly… banyak blog2 menarik yang aku suka baca, dah tak berupdate. Agak mengecewakan la kot?

Ok!… aku punya design baru dah siap, walaupun tak sepuas hati seperti design sebelumnya yg aku dah sneak peak lagi…. skang dihilangkan tah kemana dalam hard disk yang problem itu. Untuk memberi semangat baru, maka aku perlu tukar layout yang baru, harap2 ada feelnya lebih sket! :D

 

 

Tags :
Posted in : Graphics, Life stories and bablings

Fuh… dari awal sampai habis aku layan GANTZ

Monday, December 5th, 2011 Tiada komen + 165 views

Sebenarnya tak lah aku layan GANTZ tuh dari awal sampai abis (sebenarnya tak abis lagi, siri nih still on running…) . Aku dah layan dulu, pastuh aku stop sampai isu berapa2 tah, tengah2 kot atas sebab2 yang aku tak ingat dah. Pastuh sebab sekarang (sebulan dua nih)  aku selalu kerja sampai jam 2 pagi, susah nak tidur maka aku layan la manga apa2 pun sehari dua nih.

Sebelum itu… aku bagi alert dulu yang bahawasanya GANTZ ini sifatnya ada banyak nude scene. Jadi tidak sesuai bagi mereka2 yang tidak boleh terima benda2 seperti itu. So please stay away then.

Tapi aku melayannya kerana ceritanya yang agak best utk dilayan. Jugak barulah aku tau… yang filem The Earth Stood Still (berapa tahun dulu) tuh pun byk pakai element dari manga nih (ada la tapi tak banyak) .  Ah.. mungkin sebab aku tak baca2 manga nih sampai abis dulu2 tuh, so aku pun jadi tak tau la.

Dan aku gak dah layan ke 2-2 movienya.

So next.. aku tgh cari manga ape plak nak di layan nih….

Post 2/100! (sebenarnya nih post terlewat, dah composed sekerat pagi semalam… )

Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Tentang orang lahir bulan Disember :D

Sunday, December 4th, 2011 Tiada komen + 151 views

Ntahlah, hasil dari pemerhatian aku la (lantak la kalau tak sama pun… hehe), rata2 orang lahir bulan 12 nih…
1 – Buta jalan. Susah nak ingat jalan ke 1 tempat tuh walaupun dah pergi beberapa kali. (thanks Papago for android ) :D
2 – Susah ingat nombor, nama orang, dan yang sepertinya
3 – Susah nak marah!
4 – Slow and steady dalam buat kerja? messy but well organized – tak sesuai ngan kaki push dan paksa2.
5 – Bercita-cita2 tinggi ratanya2. (soal berjaya atau tak bergantung usaha)
6 – Rationale tapi ada rebel attitude in them. Nak lawan kene berfakta!
7 – Kreatif
8 – Multi-Ability. Banyak bende dia tahu jugak dan mungkin dalam pelbagai bidang!
9 – Risk Taker. Very very the risk taker.
10 – Self learner yang cemerlang.
11 – GOOD LEADER (hopefully).
12 – Mudah lembut hati katanya… (patutlah payment banyak sangkut kot… T_T)

 

Post 1 dari 100!

*grafik akan diupdate kemudian.

Tags :
Posted in : Life stories and bablings

Cabar Diri Sendiri! 100 Hari Update Blog! Tanpa Henti!

Saturday, December 3rd, 2011 Tiada komen + 267 views

Hari ini, aku nak cabar diri sendiri, update blog setiap hari selama 100 hari!
Adakah anda rasa saya akan berjaya? Ya / Tidak?

Anda mahu cabar diri anda jugak?  Anda rasa saya tak akan berjaya? Anda rasa mahu join cabar diri?
You Choose!

2nd December Atau Hari Kedua Bulan Disember

Friday, December 2nd, 2011 Tiada komen + 106 views

Harinya… aku ke dunia ini….

Tags :
Posted in : Graphics, Life stories and bablings

Nak redesign web ni…

Thursday, December 1st, 2011 Tiada komen + 122 views

Aku dah design yg baru dulu.. tapi HD yang ada design baru tuh problem. Nak recovery pun pening.. sigh.. T_T

Tags :
Posted in : bodoh, What?

Who Am I?

Huh! Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of Pergh.com, Malaysia's premier artist & comics community. Experienced in web development since 2000. And many more.... [full porfolio here]

Catch me? :

Location : Klang - Shah Alam - K.Lipis
Working : Self Employed
Twitter : @mysticmind
Facebook : nizam.ahamad
YM! : mysticdreamworks
Gmail : nizam.ahamad
Maxis : 012-9334754

Will blog for money :D

Hoi! The Box

Arkibs

Statistiks

Ada makhluk tuhan sedang merayau-rayau dalam web ini.