Bersikap menyokong yang popular bukanlah perkara bagus!
Menyokong yang popular, bukan lah perkara baik. Yang betul ialah menganalisa dan mengkaji pihak lawan atau musuh. Dalam hal ini, bukan saja soal BOLA tapi soal bende2 lain juga.
Kita lihat betapa kelakarnya atau sedih (pilih salah 1) penyokong MU, dan baru sebentar tadi Kelantan. Jika korang orang Kelantan, atau Terengganu tidak kisahlah, kerana menyokong negeri masing2, tak la orang kata ‘murtad-kenegerian’ plak hehe. Nih aku tgk ramai yang bukan ada negeri mereka pun overdose nak menyokong yang popular. Itu tak termasuk lagi teruknya penyokong2 bola ‘ehem ehem’… Bukan negeri diorang, bukan gak negeri pakcik2 diorang, tentu sekali bukan kelab hak milik keluarga diorang. Tapi sebab popular diorang sokong.
Lagi 1… sama gak sukan F1 kegemaran gue, dulu ramai benar sokong Ferrari sebab dia popular, tapi bile Ferrari haram tak menang 2 3 tahun nih, nak pakai baju Ferrari pun dia malu, ada yang tiba2 jadi fan Red Bull racing plak, padahal dulu dia lah konon penyokong berani mati ferrari. Lalang bebb.. lalang!
Oh!!!.. ada lagi parah.. soal menyokong pemimpin?… kaooo masih nak pilih yang popular kah? Yang keluar TV hari2 macam bagus? Popular bagus? Atau macammana? Belajarlah mengalisis dan janganlah suka sangat yang popular.. contoh lain gak… Toyota.
Hahahaha…
Musim demam, selsema dan batuk
Berikutan cuaca tak menentu, panas terlampau, tiba2 hujan. Debu dan jerebu menghiasi ruang udara, apa lagi yang boleh kita kata tidakkan.

Ada berkata, banyaknya unsur debu dan jelaga atau segala bagai karbon monoksida dan dioksida lengai dalam udara ini kerana hampirnya berakhir fenomena elnino, apabila perselisihan angin monsun berlaku, angin tidak meniup kemana2 bahan2 tersebut menjadikannya semakin banyak diudara. Nah, yang lemah sudah tentu terkena, yang kuat pun tengok nasib lah. Hujan sebentar tidak menjanjikan apa2 melainkan membuatkan suhu badan menjadi terkejut sahaja.
My to do list for this month.
Ini cuma ingatan kepada sendiri, kadang2 aku nih pelupa atau terlupa gak. Kadang2 dah set reminder kat henpon pun jadi tak perasan. Haih!.
JUN 2011 To Do List
1 – Siapkan client ‘outsourcing workers’ website.
2 – Hantar claim pada client website ‘minyak’ . 2 claim! (4 in total kot?)
3 – Selasa depan ada meeting ‘tender sesuatu’ di office lama.
(ada rezeki adalah, takde rezeki, takde la..
)
4 – Rajin-rajin cari lebih banyak projek.
5 – Update dan redesign pergh.com, susun balik semua list, dan banyak lagi kena buat.
6 – Dan blog ini juga.
7 – PENTING SEKALI : -> selanjutnya
Hari ini kurang masa sikit…
Jadi tak sempat nak taip panjang. Dan ini cuma pelengkap hari ini huhu :D
Merancang cara menaikkan trafik ke web
Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana
)

Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.
Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank 5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.
Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.
Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)
Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik… -> selanjutnya
Antara Mimpi dan Impian
Mimpi dan impian membawa maksud berbeza. Barangkali serupa tapi tak sama. Ah…Sudah pasti diorang tidak mempunyai ibu dan bapa, kerana mereka sudah pasti bukan manusia.
Semua orang hidup pernah bermimpi… baik bayi, budak2, remaja, dewasa mahupun tua. Tapi adakah korang ada impian? Ada? Betul ke? Adakah korang pasti impian korang tuh bukan MIMPI?
Kembali kita imbas, 15 tahun dulu, atau tambah sebarang intiger yang sesuai untuk kembali ke zaman kanak2 riang ribena kita. Tatkala dunia ini tiada masalah memikirkan perkara2 yang penuh kat otak kita sekarang. Misalnya kereta belum bayar, PTPTN duk kejar, serabut dengan kerja tak habis-habis, bos bising-bising, budak office itu ini tak suka kita atau kita yang tak sedar diri asyik nyampah lebih2 kat diorang dan perasan kita bagus sangat.
Atau… -> selanjutnya
Hotfile aku tak pernah expired… ye lah tuh…
Wah weh.. heaven rasanya… premium akaun tak pernah expired…

Dalam tak sedar, kadang2 kita terkena gak bebende camnih… even orang yang berjaga2 seperti aku dan kamu… Dulu, aku ingat, ada la tak expired sebab aku tak pakai sangat, kire point macam banyak. Lepas aku selidik2… OMG! WTF… dia charge kredit card aku dah 2 bulan!
Tak la banyak.. dalam USD9 / Rm30 sebulan… tapi camner aku bleh tak perasan… so lepas aku sedar, aku pun cari la kat mana nak disable auto renewal monthly tuh.. xde kat website hotfile! Panas beb… So.. untuk itu belek page FAQ dia, atau soalan lazim ditanya… This is the answer :
Q. How do I cancel my Hotfile subscription?
A. You can easily cancel your Hotfile monthly subscription at any time. When you cancel, your account will continue to be Hotfile premium until the end of the term that you have already paid for. Customers using PayPal should note that subscriptions are maintained and controlled by PayPal and not by Hotfile, but you can cancel your subscription with them at any time. Customers using SegPay as payment method for monthly subscription should contact them by email. To cancel subscription contact them at help@segpay.com To cancel your subscription click here
page : http://hotfile.com/faq.html
Disini dia mem-point back kepada paypal, so dia kata tuh semua kene edit setting subscription kat paypal.. demn it..
Pusing2, korang berdua gak dapat duit, paypal dan hotfile. ceh! Whatever it is, we are still the victim without our concern.. sigh…
So aku dah berjaya cancel subscription tuh… dan akan lebih beringat lepas nih… kita manusia, kadang2 kita lupa dan leka juga.. hermm…
So why do i subscribe hotfile at the first place? Heh… just like your own reason tooooo…
*btw.. juga senang untuk hantar file 100MB above kepada client guna hotfile
.
more detail ada bgtau sini : https://www.paypalobjects.com/en_US/ebook/subscriptions/cancellations.html
Domain ini sudah 4 tahun woh~!
Wah.. tak sangka… Pejam celik dah 4 tahun aku beli domain ini. Kalau ikutkan lebih dari tuh…
Dulu mula2 seingat aku, blog mula2 asalnya kat subdomain pergh.com, iaitu mysticmind.pergh.com sekitar tahun 2000 hingga 2005. Lepas tuh aku migrate ke domain mysticdreamworks.com , then aku beli domain nama sendiri plak. Sejak tuh semua content pindah belaka ke domain nih…
Jika merujuk pada arkib, ada post di blog sejak tahun 2005. Seingat lupa aku, aku tak pindah dari blog lama sebelum tuh 2000-2004 punya , sebab masa tuh aku jahil lagi sistem2 dan import export mysql database (tak semudah macam zaman sekarang).
Erm.. seronok gak kadang2 baca post sendiri lama-lama punya. Ada coretan kisah2 dulu, bila baca balik, boleh mengingatkan apa yang berlaku dan sebagainya… Susah payah, suka duka, semuanya dah direkodkan oleh diri sendiri. Tulis diari tak cool.. diary online merangkap blog adalah terbaek!..
17 April lalu adalah ulangtahun ke 3 domain ini, aku saje letak 4 hehe, padahal dah lebih kalau campur semua… tah pening tah. wakwakakwaka eh eh… calos!
Saya juga ada DSLR. Nikon D3100 Murah?
Abaikan saja tajuk diatas, ia barangkali cubaan gerila untuk mendapatkan traffik carian keywords Nikon D3100 Murah.
. Dunia online, pelbagai cara dicuba untuk reachable by the major search engine haha. Organic traffic adalah terbaek!
Beberapa bulan dahulu… ermm. (jap pause, check tarikh beli).
Ok! dah check.. 1 April 2011. Saya dah membeli kamera ini, dah sebulan lebih rupanya usia. Penggunaannya masih rendah, maklumlah.. saya bukanlah hardcore sangat nak layan kamera. Dibeli atas beberapa tujuan antaranya selain minat, adalah untuk support job-job2 berkaitan web dan multimedia.
Saya bukanlah jahil sangat DSLR, basic tuh dah ada lama, dah nak ilang pun sebab lama tak pegang… (kalau tak silap, semasa saya bekerja di Karangkraf, saya pernah mengikuti kursus asas DSLR pada tahun 2005 lagi) hehe.
Semasa yang membelinya, selepas puas survey di online mahupun offline. Saya mendapat harga terbaek pada RM1990.00 tunai di sebuah kedai di Seksyen 19 shah alam. (tak pasti harga skang makin turun atau makin naik, rasanya naik – sebab top model selalunya harga agak stabil). Rata2 kedai menjual full set sekitar RM2100 – RM2400. Korang survey lah sendiri plak.
Major reason dibeli untuk 1 projek video, tapi projek tuh abandoned dan canceled sebab time tuh terlalu sibuk barangkali. Jadi saya punya feedback barangkali tak memuaskan hati potential client. But it’s ok, banyak lagi yang bleh dilakukan dengan senjata ini. Ianya pelaburan.
Kamera ini berkemampuan menembak video pada skala HD, tapi difahami bahawa kerana option utamanya adalah gambar dengan extra kemampuan video. Jadi rakaman video terhad pada 10 minit setiap video. Bagi yang beli model nih juga, dinasihatkan jangan shoot video tanpa henti, kerana boleh menjadikan kamera anda ROSAK!. Ini dipercayai kerana untuk proses video HD pada tempoh yang lama boleh menjadikan PROCESSOR kamera anda PANAS!
Hasilan HD video dari kamera ini sebenarnya mengagumkan (berbanding harganya yg murah ) lihat contohnya di youtube ini :
http://www.youtube.com/watch?v=J2rxtHkEUhI
Untuk kepuasan, view video tuh dalam HD mode, bkan normal.. sebab normal mode dah tentu bukan tahap sebenar HD MODE!
Nah.. berkuasa juga bukan!
Mahu lebih lagi maklumat ttg camera ini, kita serahkan pada yang pakar … contohnya di sini :
http://www.dpreview.com/reviews/nikond3100/
Masalah blog bersawang?
Blog dah berzaman tak update…. dah bersawang dah, mujur takde labah2 jer merayap-rayap kat dalamnya.

Virus blog bersawang nih adalah perkara lazim, yang bleh berlaku pada ramai blogger. Kadang2 ada blogger yang hebat dan rajin giler update sekalipun, tiba2 blog dia jadi bersawang.
Sungguh!
Apatah lagi la yang tak serajin mana macam aku nih… sah2 lebih dari sawang lagi adanya… (ah.. korang pun lebih kurang jugak heh!). Ada masanya kita cemburu tgk blog2 member yang selalu update hampir tiap2 hari. Kita cuba nak update macam diorang… tapi tak pernah menjadi. Padahal, blog kita pun ada follower tetap – yg kemudiannya jadi tak tetap sebab ketidak-tetapan update kita tuh.
Kadang2 kita rasa rajin nak update, dan selalu update. Cuma bile kita post selalu, hampir tiap2 hari pun ada kadang2.. tapi bile orang tak masuk baca dan komen. Jadi malas nak update. Ada yang sekadar komen kat facebook share link kita di facebook jer. Pun bolehlah.. kira ada respon, tapi tak sebest kalu orang komen kat blog kita. Aku rasa.. nih masalah lazim masa skang.. facebook effect.
Jadi mungkin terserah pada tujuan ape kita wat blog. Jadi populis? Saje2 nak blogging? Entah, kalu aku tanya pada korang korang dan korang blogger pun.. korang pun tak tau nak jawab. Alah… korang pun lagi suka komen kat facebook jer… walaupun korang lebih suka orang komen kat blog korang hehe. (dah tuh jangan marahkan orang sebab tak komen kat blog korang tapi komen kat shared link blog update di FB jer muehehe.)
Well… it’s ok.. as long, peoples read it.
Azam lagi.. nak update tiap2 hari bermula hari ini… harap2 berjaya… erm.. ape aku nak tulis kat sini aa.. ada idea2?
Handphone baru saya, Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro, Android ;)
Sedar tak sedar, dah sebulan aku pakai handphone nih. Rasanya beli pada 6 atau 7hb February hari tuh. Aku beli 2 bijik sekaligus.
Satu untuk saya, dan satu lagi untuk…
… untuk adik lelaki aku pizan yang belajar di Uitm Arau (jauh giler). Oh, ye lah, aku beli pada hari sebelum dia balik sana pada last cuti semester ari tuh. Mula-mulanya dia nak beli nokia X-something something. Selepas aku kata aku nak beli xperia tuh, dan dan la dia nak yang tuh gak. Lagipun nokia agak overated. Iphone dan blackberry laaaagi la overated hahaha.
. No heart feeling iphonean dan bbian, duit korang, korang punya sukalah. Aku bukan jenis beli brand haha.
Selepas sebulan pakai smartphone nih, dah calar2 dah depannya, maksud aku calar pada screen protectornya. Aku memanglah jenis letak phone dalam poket saja, lagipun aku berasa macam bodoh nak bawak extra beg2 atau kantung2 nak isi phone. Serabut der… Selalu letak dalam poket sekali kunci sekali syiling dan sbgnya.
Antara faktor utama aku memilih handphone adalah saiznya yang kecil, sebab aku tak suka penuh poket ngan handphone macam korang punye I dan BB. Gedabak duk lam poket. Berat nak mampus plak tuh. Lagipun henphone korang mahal2 overpriced tuh ramai yang beli secara hutang atau murah berkontrak 2 tahun yang sebenarnya harganya laaagilah jadi terlampau lebih. Itu Fakta. Ok! adalah beberapa yang kaya beli cash. Good. But the others.. tanya diri sendirilah.. jawab sendiri hehe. -> selanjutnya




Nizam 'Mysticmind' Ahamad. Currently is a jobless person. T_T. A Web & Multimedia Designer freelancer and an Internet Entrepreneur. Web, WordPress, Design, Flash, Motion Graphic & PHP enthusiast. Founder & Owner of