Tag : Ford

Lepak2 Geng Kontot Setia Alam

Siang malam asyik kerja, kene la lepak2 gak untuk rileks2, chill, release2 tensyen kan. Aku nih banyak kawan dari pelbagai minat, genre bidang dan sebagainya. Ada masa aku lepak ngan geng bisnes, geng internetphenuer, geng macam2 lagi lah. Kadang2 lepak sorang2 aku. Tapi yang selalu aku buat ialah lepak sesama geng kereta. Mungkin pasal banyak bende boleh diborak.

Geng2 kereta aku nih nama Geng Kontot, geng2 mazda ford hatchback. We just established by 10.10.2016. Tapi dah macam2 kitorang buat. Agak aktif walaupun walaunpun masing2 kadang2 ada join grup2 lain. Cuma bersatu bawah nama kontot. Sebab sebelumnya terasa cam sedikit tidak dipedulikan pasal… yelah kereta lama. Tapi.. jangan salah sangka. Ramai antara kami ada 2 3 4 biji kereta, hatta ada yang kereta baru ada tapi kete nih disimpan sejak berpuluh tahun. Bukan semua orang susah simpan kete lama nih. Aku je la kot orang susah huhu.

Ah!. layan gambar je lah.


Lepak lepak malam minggu Wangan Midnight

Asyik ngadap pc siang malam je, xde life! Kata seorang member kepada member yang lain. Padahal dia pun sama, duk maen game siang malam kih kih. (bukan kisah sebenar). So aku pun kuar berjimba dan ber-Wangan Midnight la semalam.

mazda and ford malaysia community  teh tarik session

Snippets hal Wangan Kesas Midnight dan hari semalam. 

  • Pagi2 buat beberapa kerja, setup hosting dan install wordpress web client
  • Pastuh kuar lunch
  • Balik dari lunch sambung study pasal responsive design. Banyak cara nak buat sebenarnya, ikut mana mudah la rasanya.
  • Pastuh layan client punya job shopping cart yang dragged dah agak lama (sebab client sibuk selalu) >_< .
  • Petang lepak minum kat Kedai Kopi dataran Shah Alam. Borak2 pasal masa depan sambil layan my fav white coffee there.
  • Pastuh hantar member balik, sambung study dan practice code responsive website lagi.
  • Malam kol 9.30 malam gerak pergi T.T (teh tarik session) lepak geng2 Ford & Mazda se-Malaysia kat Awan Besar, Kesas. Pasca trackday hehe, banyak giler semalam, dekat 30 bijik kete ada rasanya.
  • Tapi aku lepak sampai kol 12.30 pagi je, malas nak ikut sampai kol 2 3 pagi cam diorang, ada keje gak nak kene setel.
  • Pastuh time balik, duk menekan lari dari kete yang cucuk aku, rupenye BMW putih, aku tekan dia tekan, biar dia potong je la, aku cucuk dia balik, pastuh pecah arah. Biasa la… ala2 Wangan Midnight la… layan hiway, hilang stress konon tapi idok ler membahayakan orang len. Adeh.. bila la nak tukar tayar lebor dan buat negative camber stance sikit nih. >_<
  • Kt trafic light masuk shah alam. Ada je wira ekzos besar duk rem2 kat trafik light sebelah aku sama2 duk baris depan sekali, dia tekan launching macam nak drag MUSC plak, aku tekan jugak laa…, mencirit aku tinggal dia pastuh. Sory bro, walaupun ko ekzos lagi besar dari aku, bumper ko bumper evo… walaupun kete aku nampak ala guru besar standard, tapi aku ada sekali ganda tenaga enjin ko hahaha walaupun rpm cut 6K jer skang T_T . Wangan midnight part2. hehe.
  • Sampai soho wat keje sket, member ajak kuar minum2 lagi borak2 sampai kol 3 pagi gak kat mamak Alam Avenue. Pastuh tido.

 

Sekian saja Wangan Kesas midnight malam minggu. Drive fast if you and your car can handle it (vios handling fail bleh terbang hihi), but make sure jangan bahayakan orang lain. >_< (bukan kisah sebenar? eh?)

*Note : Sebab semalam dah ngantuk, blur sangat, malas nak pos semalam. nih post qadar je la.. 


Masalah web-web photographer yang berat

Ok. Ada lagi 20 minit dari sekarang sebelum tarikh hari ini berakhir. So aku sambung pasal semalam yang cerita tak habis lagi tu.

Selain dari masalah web dia banyak sangat gambar letak kat slideshow, 20 keping misalnya (ada ke? ada kot?).  Adalah menyebabkan page lambat loading. Ada sesetengah script mempunyai loading icon, ala.. yang loading… loading.. takpun ada icon bulat pusing2 tuh. Yang tuh ok lagi, sebab at least orang tau web tengah loading. Kalau takde yang tuh orang ingat web dia rosak. Sebab tak keluar2 pun gambarnya.

*Nak amik gambar awek orang kata gatal plak. Amik gambo kete je la.. >_< (sekadar gambar hiasan)

So… cuba kurangkan sikit bilangan photo / images kat slideshow tuh. Paling ok pun dalam 5 – 10. Kene jugak tengok berapa besar saiz lebar x tinggi gambar tuh. Kalau dibantainya sampai 1024 X 800px, mmg boleh membiak kucing sepasang jadi 5 ekor silap2. Hehe. Paling mujur pun pelawat tuh terus blah je dengan klik pangkat kat tab tu, malas nak menunggu. Dah melepas sorang potential client. >_<

Sambung pasal web photographer lembab atau lambat loading semalam :

~ Ada lagi 1, ada 1 kesalahan besar awak punya gambar nih…

“Haaa???”   (more…)


Kereta, Enjin, Lepak dan hari Ahad yang produktif

Semalam, aku update pasal makan pagi2 buta merangkap berjimba. So lepas balik dari makan dalam pukul 3 pagi tuh aku pun bawak la slow2 kete balik. Pastuh time nak masuk tol jer enjin mati, ah sudah… Lepas start balik hidup, tapi asap hitam kebuk2, deymn…

*ni gambar diambil lama dulu, tapi bengkel yang sama aku pegi siangnye nanti. ;D 

Dah aku pikir bukan2 bile jadi camtuh, takkan enjin kong lagi, dah la masuk enjin ke 3 dah nih. Asap hitam sket mmg aku biasa tuh, sebab aku masih lum tune abis ECU. Skang masih setting rich (minyak kuat sket), utk nak jaga engine dan tak makan minyak hitam.

So terus je la balik, dan dan dah masuk padang jawa ada plak polis ronda2 ngan motor tuh sekat, mintak lesen IC bagai adoih.. aptb.. Aku layankan aje la… Lepas. Ye lah, bkan wat salah pa pe pun, kuar berjimba je.

Lepas tuh, dah makan kenyang tuh, terus tido je, semua penat.

Esoknya (sabtu siang), aku gi bengkel. Aku saspek plug jer problem. Mungkin ada plug tak berapa elok 1. So tukar la plug yang aku dah beli lama. NGK Platinum menggantikan Triple Platinum Splitfire lama aku. Lepas start rem rem enjin sikit, mmg teruk la asap hitam, lagi kebuk2 dari semalam. Ini hati rasa tarak syok la itu macam wooo.

(more…)


Lumba di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak

Oklah! aku ceritalah ape yang aku bagitau kat pos sebelum nih. 1 benda yang aku rasa ramai orang sekadar cakap tapi tak pernah buat. Bawak kereta hebat, cakap macam pernah masuk litar tapi tak pernah. Jadi aku tak mahu cakap saja. Jadi aku masuk litar!

Dalam hidup, aku mahu mencuba pelbagai bende sekurang-kurangnya sesekali (atau beberapa kali). Dan aku telah pun berjaya lumba di track buat pertama kalinya dalam hidup aku dengan kereta lama aku. Well, don’t ask me why aku tak ada kereta baru. Sebab aku tak mahu walaupun mampu berhutang bank dan bayar tiap2 bulan cam orang lain!. And.. everybody had their own reason for what they do. Lagipun sebab kereta lama camnih lah aku selamba kaw kaw lenjan. :D. Kalu kete baru sah2 rasa kesian nak lenjan, keh keh.

Oh. Oklah back to race.

Info Ringkas :
Killerbees Trackday 2010
Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, PErak
14hb Mac 2010 – 7am to 6pm

My Beloved Mazda 323 Familia GTX Sedan

Kete nih aku beli dalam keadaan dhaif, restoration masih lagi berlaku sampai skang. Latest dah siap ketuk body, pasang bumper dan spoiler. Nak hantar cat sket lagi. Coming soon nak dump under the hood with B8T / 1.8 turbo (kalau ada duit lebih lah sebab enjin nih mahal nak mampus lo nih) atau  option lebih murah 1.8 NA dari siri Mazda Lantis tapi rasanya lebih berat nak masuk KFZE 2.0 NA dari juga siri Mazda Lantis.

Litar Dato’ Sagor Perak adalah pilihan utama ‘low budget racer’ yang tak mampu bayar sewa mahal litar Sepang (khabarnya RM15K untuk 3 jam! ) Ye ah, litar power, mesti la kene jaga standard. So kalau dulu mungkin arwah litar Batu 3 Shah Alam pilihan ramai mat rempit kereta, skang dah takde tempat, tuh yang ramai rempit kereta atas jalan raya biasa je. haha!. No worry, aku nak lumbe, aku pegi litar.

Sikit shoot litar nih pernah aku post dah dulu, so letak balik je la.
Nk tgk gambar lebih besar sila ke gallery aku, klik gambar bawah nih.

Race nih dianjurkan oleh komuniti peminat kereta Mazda Ford & Mazda iaitu Killerbees , satu komuniti yang aku join kira2 setahun dulu. Boring duk forum sendiri, layan la forum lain jugak ye dak? Lagipun nih ‘the other side of me’ huhu.  Trackday nih berlansung sehari suntuk dengan kehadiran ahli serata pelusuk bumi Malaysia, dengan penyertaan lumba hampir 100 biji semuanya! Dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut :  1.6 turbo, 1.8 turbo dan NA Open (1.6/1.8/2.0 Natural Aspiration – non turbo ).  Race juga 2 kategori, CCT (main lap) dan ST (Sprint Test).

Ermmm… aku nak wat ‘snippets’ je la :
– It was a very fun day to me.
– Very-very hot day, aku yang ‘tanned’ menjadi rentung. (more…)